widget

Thursday, 24 April 2014

kehidupan aku

                                           My diari..
Semasa aku hidup penuh cabaran yang aku lalui. Kadang-kandang aku berat menangung semua ini. Aku dah hidup 19 tahun. Dulu masuk sekolah Arab kerana aku yang nak masuk. Semasa aku sekolah banyak suka dan duka. Dizaman sekolah tidak campur perempuan,tidak campun dengan bukan Islam,dulu pakai baju kemeja putih jer. Tapi sekarang semua tu aku perlu tempuh. walaupun aku ini suka bercampur bukan Islam aku mesti jaga batas-batas.
Masa aku masuk kolej jer kelas bising sangat. Aku duduk senyap jer. Yelahkan dulu tidak boleh bising sangat nanti cikgu marah tapu masuk kolej dorang ni macam takada encik dekat depan. Aku lihat budak ni bising sangat aku yang pening sangat. Hidup dengan budak kolej ini lagi best.  
Rupa-rupanya aku ambik bidang aku suka iaitu automatif. Best sangat aku dapat perkara yang aku tak penah dengar. Yelahkan dulu sekolah arab belajar arab jerlah. Tapi sekarang ini aku mengadap enjin. Budak sekolah lama aku Tanya kau tak ada makwe kwe? Aku cakap aku tak ada makwe. Makwe aku sekarang ini enjin kereta. Dorang ketawakan aku kenapa makwe kau enjin? Aku jawab setiap hari aku belajar enjin. Aku tak ada fikir nak makwe pun.
Hari-hari aku belajar benda yang baharu. Best sangat! Yelah kan kalaw dah minat tak siapa nak halangkan. Kolej aku mengambil berat tentang kehadiran. Kelas aku ada yang jarang datang tapi aku kehadiran 100%. Kehadiran tu penting sangat sebab itu adalah kehiduapan kita. Kalaw kita tak jaga kehadiran kita mesti kene buang kerja (kalaw kerja lah kan).
Dulu bawak buku teks tapi sekarang ini bawak fail dan buku tulis. Kalau malas sangat tak payah bawak fail pun tak apalah! Zaman sekolah ini best sangat lah. Kalau kerja macam bosan kita tak dapat belajar benda baharu.
Aku baru je habis semester 2,banyak pekara yang aku dapat. Yang paling bestlah kan aku dapat buka tukar tayar,rombak rawat masterpam,belansing,brake kalipar dan macam lagilah. Masa inilah aq dapat merasakan seorang pomen kereta yang pro. Aku tahu hidup ini bukan senang. Pepatah mana entahlahkan susah dulu bersenang kemudian. Aku pegang ayat tu. walaupun badan kita penat masa muda masa akan datang lagi senang.
Tapi ada satu jer yang aku lupa nak tulis iaitu masa kawan-kawan aku. kawan-kawan aku jeleaus yang aku sebab aku punya markah peperiksaan aku (3.80) yang paling tinggilahkan.hehe. alhmdulillah aku bukan nak bangga tapi itu usaha aku selama 1 semester jer. Aku pelik kenapa kawan-kawan aku jelaus?? Aku terus besabar dan besabar.

Didalam dunia ini tidak ada yang senang semua yang perlu kita usahakan. Perubahan yang aku perlu buat adalah berubah kan akhlak kawan-kawan aku. aku berdoa supaya kawan aku ini berubah yang lebih baik.

2 comments: