widget

Tuesday, 2 June 2015

cinta 3 orang

                                                    
Mengibas kembali kenangan di tingkatan 3 di kelas tambahan. Tidak silap aku lah kan  awal tahun masa tu aq tengah duduk dalam kelas. Masa aku duduk dalam kelas tu aku perasan ada budak sek aku perempuanlah kan xkan lelaki pulak duduk sebaris dengan aku.
Time kita orang tengah belajar cikgu cerita pasal pokok popi. Time tengah cerita tu aq menyampuk “saya pernah lihat pokok kopi,saya pernah makn bijinya dan bunganya sangat wangi”. Lepas tu cikgu tegur dekat aku “saya bukan  cerita pasal pokok kopi, saya cerita pokok popi” apalah awak ni wan mamai ker?? Lepas tu aku cakaplahkan “yup saya mamai”. Time tu aku malu sangat.
Cikgu teruskan pelajarannya dan mengajar balik. tepat jer  pukul 10.00 malam kitaorang balik. ayah aku ambik x lamalahkan semasa aku duduk dalam kereta dia ada cakap itu anak ustaz awak. Aku x fikir banyak aku ye kan jer cakap ayah aku.
Selang jer setahun, ad seorang budak ini jumpa aku dia cakap abanglah kan yang menyampuk cikgu cakap.
“yang mana??
“pasal pokok kopi tu” dia membalas soalan ku.
Aku jawab “yup,kenpe adik?
‘x apalah abang. Saja bertanya.
Masa tu aku nak masuk kelas, aku tidak sempat nak Tanya banyak soalan dekat dia. Keesokan harinya, aku berjumpa dia semasa waktu rehat.
Macam mana adik tahu pasal pokok kopi?
“Saya tahu akak saya cerita pasal abang” Dia menjawab.
Semenjak dari itu lah mengenali akak dia dan aku rapat dengan faiz. aku ajak faiz dengan akak dia keluar pergi perpustakan awam. Yelah kan sekolah kitaorang ni tidak campur perempuan. Tu yang ajak dia dengan akak dia keluar.
Aku fast time tu keluar dengan perempuan. Masa aku takutlah kan nak keluar dengan perempuan, aku takut ad orang bagitahu mak ayah aku. mak dan ayah aku pantang keluar dengan perempuan. masa aku duduk perpustakaan tu aku Tanya akak faiz
Siapa nama awak? Aku bertanya.
Nama saya kiah? Akak faiz menjawab.
Time aku Tanya aku perasan yang kiah ini malu. Yelahkan tidak pernah cakap dengan lelaki. Aku terhenti bertanya, sebab aku n dia dah malu. Kita orang makin lama makin rapat. Kita nak keluar mesti dekat perpustakaan. Masa kita orang berkawan tu banyak dugaan yang menimpa. Tapi kita orang tetap sabar mengahadapinya.
Kehadirannya adalam hidup ku terlah berubah. Dia ajar aku seba –sedikit pasal ilmu agama. Dia seorang baik,kuat agama, jaga pergaulan, dan dia sopan santun. Walaupun dia di sekolah seorang yang pandai,dan pendiam tapi dia banyak tolong aku tidak kiralah ap jenis pertolongan.
Kehadirannya tidak menyusahkan,dan juga pandai membri nasihat dan semangat dekat aku. sampai  sekarang kita masih berhubung. Masa kitaorang berhubung kita tetap menceritakan pasal agama. Walaupun aku x ambik bidang agama.
Dia pernah cakap dengan aku ambik lah bidang agama?
Insya allah aku cuba ambik.
Time aku ad jer masalah mesti dia cakap pergilah jumpa Allah sw.t ( maksud die kerjakan solat) jangan mengadu dekat manusia. Manusia tidak bagi jalan penyelesaiannya. Dia setiap hari cakap dengan aku jangan tnggalkan agama yang dah di ajar oleh cikgu sekolah walaupun aku ini dah habis sekolah.

Selain dia mak ayah aku pun sama sahaja. Tapi mak dengan ayah aku lagi istimewa dari dia. aku akan fikir sekarang aku masih tnggung mak ayah aku lagi. Aku tak nak hampakan harapan aku menjadi muslim dan anak yang soleh. Sekarang aku akan terus berfikir belajar dan aku akan fikir aku akan sara mak ayah dn keluarga aku. 

Thursday, 24 April 2014

MY DIARI: kehidupan aku

MY DIARI: kehidupan aku:                                            My diari.. Semasa aku hidup penuh cabaran yang aku lalui. Kadang-kandang aku berat menangun...

kehidupan aku

                                           My diari..
Semasa aku hidup penuh cabaran yang aku lalui. Kadang-kandang aku berat menangung semua ini. Aku dah hidup 19 tahun. Dulu masuk sekolah Arab kerana aku yang nak masuk. Semasa aku sekolah banyak suka dan duka. Dizaman sekolah tidak campur perempuan,tidak campun dengan bukan Islam,dulu pakai baju kemeja putih jer. Tapi sekarang semua tu aku perlu tempuh. walaupun aku ini suka bercampur bukan Islam aku mesti jaga batas-batas.
Masa aku masuk kolej jer kelas bising sangat. Aku duduk senyap jer. Yelahkan dulu tidak boleh bising sangat nanti cikgu marah tapu masuk kolej dorang ni macam takada encik dekat depan. Aku lihat budak ni bising sangat aku yang pening sangat. Hidup dengan budak kolej ini lagi best.  
Rupa-rupanya aku ambik bidang aku suka iaitu automatif. Best sangat aku dapat perkara yang aku tak penah dengar. Yelahkan dulu sekolah arab belajar arab jerlah. Tapi sekarang ini aku mengadap enjin. Budak sekolah lama aku Tanya kau tak ada makwe kwe? Aku cakap aku tak ada makwe. Makwe aku sekarang ini enjin kereta. Dorang ketawakan aku kenapa makwe kau enjin? Aku jawab setiap hari aku belajar enjin. Aku tak ada fikir nak makwe pun.
Hari-hari aku belajar benda yang baharu. Best sangat! Yelah kan kalaw dah minat tak siapa nak halangkan. Kolej aku mengambil berat tentang kehadiran. Kelas aku ada yang jarang datang tapi aku kehadiran 100%. Kehadiran tu penting sangat sebab itu adalah kehiduapan kita. Kalaw kita tak jaga kehadiran kita mesti kene buang kerja (kalaw kerja lah kan).
Dulu bawak buku teks tapi sekarang ini bawak fail dan buku tulis. Kalau malas sangat tak payah bawak fail pun tak apalah! Zaman sekolah ini best sangat lah. Kalau kerja macam bosan kita tak dapat belajar benda baharu.
Aku baru je habis semester 2,banyak pekara yang aku dapat. Yang paling bestlah kan aku dapat buka tukar tayar,rombak rawat masterpam,belansing,brake kalipar dan macam lagilah. Masa inilah aq dapat merasakan seorang pomen kereta yang pro. Aku tahu hidup ini bukan senang. Pepatah mana entahlahkan susah dulu bersenang kemudian. Aku pegang ayat tu. walaupun badan kita penat masa muda masa akan datang lagi senang.
Tapi ada satu jer yang aku lupa nak tulis iaitu masa kawan-kawan aku. kawan-kawan aku jeleaus yang aku sebab aku punya markah peperiksaan aku (3.80) yang paling tinggilahkan.hehe. alhmdulillah aku bukan nak bangga tapi itu usaha aku selama 1 semester jer. Aku pelik kenapa kawan-kawan aku jelaus?? Aku terus besabar dan besabar.

Didalam dunia ini tidak ada yang senang semua yang perlu kita usahakan. Perubahan yang aku perlu buat adalah berubah kan akhlak kawan-kawan aku. aku berdoa supaya kawan aku ini berubah yang lebih baik.

Wednesday, 13 November 2013

kes yang disabitkan jenayah berkaitan dengan maknan

  • Kesalahan Salah Guna Tanda HALAL; Seksyen 59(2) & Seksyen 59(3)Sesiapa yang menjual atau menyedia atau mengedarkan apa-apa jenis makanan atau daging haram atau tidak secara halal adalah melakukan suatu kesalahan dan sesiapa memaparkan tanda halal pada makanan atau minuman yang haram atau tidak secara halal adalah melakukan suatu kesalahan, boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
  • Kesalahan Penyembelihan : Seksyen 59 (6)Sesiapa yang menyembelih apa-apa binatang halal untuk tujuan jualan tanpa mendapat kebenaran atau perakuan bertulis dari Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
  • Kesalahan membiarkan tanda halal digunakan oleh orang lain 59(7)
    Sesiapa yang menyalahgunakan atau membiarkan disalahguna perakuan atau kebenaran penyembelihan binatang yang dihalal adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
  • Kesalahan Salahguna Tanda HALAL :Seksyen 60
    Sesiapa yang menyalahgunakan tanda HALAL atau meletakan tanda HALAL pada makanan atau minuman yang diharamkan oleh hukum syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

BERITA KES AKTA MAKANAN


Lihat Kenyataan Akhbar > Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

TajukKenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Mengenai Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Mei 2013
Penerangan

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

Bagi bulan Mei 2013, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam.

1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit Demam Denggi, sejumlah 1,298 tawaran kompaun bernilai RM 649,000.00 telah dikeluarkan  dengan nilai purata RM 500.00 tiap kompaun.  Sejumlah 173 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 70 kes  telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM 24,350.00. Nilai denda maksima yang dikenakan adalah berjumlah RM700.00 bagi kesalahan di bawah Seksyen 13(1) APSPP 1975 iaitu membiarkan premis berkenaan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang dilaporkan dari negeri Perlis. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Mei  2013, jumlah keseluruhan  kompaun  yang ditawarkan adalah sebanyak 6,199 dengan nilai RM 3,099,500.00.  Sejumlah 788 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  278  kes telah disabitkan kesalahan dengan nilai denda berjumlah  RM 129,330.00  
 

2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 5,426 lawatan pemeriksaan yang dijalankan sejumlah 2,764 notis kesalahan dikeluarkan. Sebanyak 1,234 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM 282,615.00. Nilai denda maksima yang dikenakan adalah sebanyak   RM 3500.00 bagi satu kes kesalahan di bawah Per. 11(3) PPKHT 2004 iaitu merokok di tempat yang dilarang merokok yang dilaporkan dari negeri Kedah. Bagi  tempoh  Januari  sehingga Mei 2013, sejumlah 14,277 notis kesalahan telah dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 7,181 kompaun kesalahan telah ditawarkan dengan nilai   RM 1,581,649.00.  

3. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 7,787 premis makanan telah diperiksa. Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Sek.11, Akta Makanan 1983 adalah 150 premis iaitu 1.92% daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa. Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan. Sejumlah 24 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 20 kes  telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM 49,150.00. Nilai denda maksima yang dikenakan adalah berjumlah RM5000.00 bagi kesalahan di bawah Seksyen 13B(1) Akta Makanan 1983 iaitu menjual makanan yang diadukkan melebihi standard yang ditetapkan.

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

Sekian dan terima kasih.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
    Jun  2013