widget

Wednesday, 13 November 2013

BERITA KES AKTA MAKANAN


Lihat Kenyataan Akhbar > Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

TajukKenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Mengenai Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Mei 2013
Penerangan

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

Bagi bulan Mei 2013, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam.

1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit Demam Denggi, sejumlah 1,298 tawaran kompaun bernilai RM 649,000.00 telah dikeluarkan  dengan nilai purata RM 500.00 tiap kompaun.  Sejumlah 173 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 70 kes  telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM 24,350.00. Nilai denda maksima yang dikenakan adalah berjumlah RM700.00 bagi kesalahan di bawah Seksyen 13(1) APSPP 1975 iaitu membiarkan premis berkenaan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang dilaporkan dari negeri Perlis. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Mei  2013, jumlah keseluruhan  kompaun  yang ditawarkan adalah sebanyak 6,199 dengan nilai RM 3,099,500.00.  Sejumlah 788 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  278  kes telah disabitkan kesalahan dengan nilai denda berjumlah  RM 129,330.00  
 

2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 5,426 lawatan pemeriksaan yang dijalankan sejumlah 2,764 notis kesalahan dikeluarkan. Sebanyak 1,234 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM 282,615.00. Nilai denda maksima yang dikenakan adalah sebanyak   RM 3500.00 bagi satu kes kesalahan di bawah Per. 11(3) PPKHT 2004 iaitu merokok di tempat yang dilarang merokok yang dilaporkan dari negeri Kedah. Bagi  tempoh  Januari  sehingga Mei 2013, sejumlah 14,277 notis kesalahan telah dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 7,181 kompaun kesalahan telah ditawarkan dengan nilai   RM 1,581,649.00.  

3. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 7,787 premis makanan telah diperiksa. Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Sek.11, Akta Makanan 1983 adalah 150 premis iaitu 1.92% daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa. Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan. Sejumlah 24 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 20 kes  telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM 49,150.00. Nilai denda maksima yang dikenakan adalah berjumlah RM5000.00 bagi kesalahan di bawah Seksyen 13B(1) Akta Makanan 1983 iaitu menjual makanan yang diadukkan melebihi standard yang ditetapkan.

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

Sekian dan terima kasih.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
    Jun  2013

No comments:

Post a Comment